PERHATIAN : Mulailah Membaca Dengan Mengagungkan Nama ALLAH SWT.

Thursday, July 17, 2008

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG


Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.


Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-



  • Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.

  • Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.

  • Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :



  • Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.

  • Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.

  • Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-



  • Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.

  • Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

  • Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :



  • Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.

  • Allah S.W.T sangat murka kepadanya.

  • Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka

Tuesday, July 15, 2008


Anda, wahai muslimah yang jujur dan taat, contohilah pokok kurma yang jarang membusuk dan berpenyakit. Bila dibaling dengan batu, malah ia menggugurkan buahnya. Pokok kurma sentiasa berbuah tidak mengira musim, di musim panas mahupun di musim sejuk, dan ia mengandungi pelbagai khasiat.


Hiduplah di tempat yang tidak menyentuh hal-hal yang tidak berguna, yang mampu menjaga kehidupan daripada hal yang dapat mengaburi rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, cara memandangmu adalah mengambil iktibar, dan diammu adalah berfikir. Di mana pun berada, anda sentiasa mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan. Sentiasa diterima di mana pun anda berada. Pujian yang baik dan doa yang jujur dari semua makhluk sentiasa mengalir untuk anda. ALLAH sentiasa menghilangkan medung kelabu yang menghimpit anda. Melenyapkan rasa takut dan menghilangkan kesedihan.


Rebahkanlah tubuh anda ketika doa orang-orang mukmin ditujukan kepadamu dan bangunlah seiring dengan pujian para malaikat untuk anda. Bagaimanapun, anda mengetahui bahawa kebahagiaan bukanlah terletak pada harta, namun ketika anda mentaati Zat Yang Maha Terpuji. Bukan pula pada pakaian baru dan layanan seorang hamba, namun ketika anda mentaati Yang Maha Agung.


"BERMOHONLAH KEPADAKU, NESCAYA AKU AKAN MENGABULKAN PERMOHONANMU"

JADILAH WANITA PALING BERTUAH DI DUNIA




Keayuan semula jadimu, wahai saudariku, sebenarnya lebih menarik daripada matahari. Sedangkan kewangian budi pekertimu, anda lebih wangi daripada minyak kesturi. Dengan kerendahan hatimu, anda lebih tinggi daripada bulan; dan dengan kelembutanmu, anda lebih halus daripada hujan renyai-renyai. Kerana itu, jagalah kecantikan itu dengan keimanan, kerelaanmu serta iffah dan maruah.

Oleh itu wahai saudariku, perhiasanmu yang sebenar bukanlah emas atau perak, tetapi solat 2 rakaat menjelang Subuh, dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh ALLAH, airmata taubat, sujud panjang di atas sejadah, dan malu kepada ALLAH ketika didorong bisikan nista dan ajakan syaitan. Pakailah pakaian taqwa, anda akan menjadi wanita tercantik di dunia, sekalipun bajumu koyak. Kenakanlah mantel kesantunan, supaya anda menjadi wanita tercantik di dunia meskipun anda berkaki ayam.

Anda pelu berhati-hati terhadap wanita jahat, kafir, yang suka menipu dan melencong kerana mereka akan menjadi penghuni neraka Jahanam.

Monday, July 7, 2008

Wanita Solehah


SUNGGUH sangat beruntung bagi wanita solehah di dunia ini. Ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya dan berperanan melahirkan generasi dambaan. Kalau pun ia wafat, maka Allah akan menjadikannya bidadari di akhirat nanti. Oleh karena itu, para pemuda jangan sampai salah memilih pasangan hidup. Pilihlah wanita solehah untuk dijadikan isteri dan pendamping hidup setia.

Siti Khadijah r.a. adalah contoh seorang isteri solehah yang menjadi penenang jiwa, pendukung setia, dan penguat semangat suami dalam berjuang dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau telah berkorban dengan harta, kedudukan, dan diri beliau demi membela perjuangan Rasulullah Saw. Begitu kuatnya kesan kesolehahan Khadijah r.a., hingga nama beliau banyak disebut-sebut oleh Rasul walau beliau sendiri sudah meninggal.

Allah berfirman dalam QS. An Nuur ayat 30-31, Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara farji (kemaluan) - nya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara farji- nya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa nampak dari padanya.

Rasulullah Saw. bersabda : Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah. (HR. Muslim).

Ciri khas seorang wanita solehah adalah ia mampu menjaga pandangannya. Ciri lainnya, dia sentiasa taat kepada Allah dan Rasul Nya. Make up- nya adalah basuhan air wudhu'. Lipstiknya adalah memperbanyak zikir kepada Allah di mana pun berada. Celak matanya adalah memperbanyak bacaan Al Quran. Jika seorang muslimah menghiasi dirinya dengan perilaku takwa, akan terpancar cahaya kesolehahan dari dirinya.

Wanita solehah tidak mahu kekayaan termahalnya berupa iman akan runtuh. Dia juga sangat memperhatikan kualiti kata-katanya. Tidak ada dalam sejarahnya seorang wanita solehah menjerit-jerit saat mendapatkan sesuatu kesenangan. Ia akan sangat menjaga setiap tutur katanya agar bernilai bagaikan untaian intan yang penuh makna dan bermutu tinggi. Dia sadar betul bahawa kemuliaannya justeru bersumber dari kemampuannya menjaga diri (iffah).

Wanita solehah itu murah senyum, kerana senyum sendiri adalah sedekah. Namun, tentu saja senyumnya terjaga. Tidak setiap lelaki yang dijumpainya diberikan senyuman manis. Intinya, senyumnya adalah senyum ibadah yang ikhlas dan tidak menimbulkan fitnah bagi orang lain. Boleh dibayangkan jika kaum wanita kerja keras berlatih senyum manis semata untuk meluluhkan hati lelaki.

Wanita solehah juga harus pintar dalam bergaul dengan siapapun. Dengan pergaulan itu ilmunya akan terus bertambah, sebab ia akan selalu mengambil hikmah dari orang-orang yang ia temui. Dekatnya kepada Allah semakin baik sehingga hal itu berbuah kebaikan bagi dirinya mahupun orang lain. Pendek kata, hubungan kemanusiaan dan taqarrub kepada Allah dilakukan dengan sebaik mungkin.

Ia juga selalu menjaga akhlaknya. Salah satu ciri bahawa imannya kuat adalah dari kemampuannya memelihara rasa malu. Dengan adanya rasa malu, segala tutur kata dan tindak tanduknya akan selalu terjaga. Tidak akan ia berbuat sesuatu yang menyimpang dari bimbingan Al Quran dan As Sunnah. Dan tentu saja godaan syaitan bagi dirinya akan sangat kuat. Jika ia tidak mampu melawan godaan tersebut, maka bisa jadi kualiti imannya berkurang. Semakin kurang iman seseorang, maka makin kurang rasa malunya. Semakin kurang rasa malunya, maka makin buruk kualiti akhlaknya.

Pada prinsipnya, wanita shalihah itu adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Rambu-rambu kemuliaannya bukan dari beraneka aksesoris yang ia gunakan. Justru ia selalu menjaga kecantikan dirinya agar tidak menjadi fitnah bagi orang lain. Kecantikan satu saat bisa jadi anugerah yang bernilai . Tapi jika tidak hati-hati, kecantikan bisa jadi sumber masalah yang akan menyulitkan pemiliknya sendiri.

Saat mendapat keterbatasan fizikal pada dirinya, wanita solehah tidak akan pernah merasa kecewa dan sakit hati. Ia yakin bahawa kekecewaan adalah sebahagian dari sikap kufur nikmat. Dia tidak akan kisah dengan keterbatasannya. Peribadinya begitu indah sehingga make up apa pun yang dipakainya akan memancarkan cahaya kemuliaan. Bahkan, kalaupun ia polos tanpa make up sedikit pun, kecantikan jiwanya akan tetap terpancar dan menyejukan hati tiap-tiap orang di sekitarnya. Kerana ia yakin betul bahawa Allah tidak akan pernah meleset memberikan kurnia kepada hamba-Nya. Makin ia menjaga kehormatan diri dan keluarganya, maka Allah akan memberikan kurnia terbaik baginya di dunia dan di akhirat.

Jika ingin menjadi wanita solehah, maka banyak-banyaklah belajar dari lingkungan sekitar dan orang-orang yang kita temui. Ambil ilmunya dari mereka. Bahkan kita boleh mencontohi isteri-isteri Rasulullah Saw. Seperti Siti Aisyah yang terkenal dengan kecerdasannya dalam berbagai bidang ilmu. Ia terkenal dengan kekuatan fikirannya. Seorang isteri seperti beliau adalah seorang isteri yang boleh dijadikan gedung ilmu bagi suami dan anak-anak.

Bisa jadi wanita solehah itu muncul dari sebab keturunan. Bila kita melihat seorang pelajar yang baik akhlaknya dan tutur katanya sentiasa sopan, maka dalam bayangan kita tergambar diri seorang ibu yang telah mendidik dan membimbing anaknya menjadi manusia yang berakhlak. Sulit membayangkan, seorang wanita solehah ujug-ujug muncul tanpa didahului sebuah proses yang memakan waktu. Disini faktor keturunan memainkan peranan. Begitu pun dengan pola pendidikan, lingkungan, keteladanan dan lain-lain. Apa yang nampak, boleh menjadi gambaran bagi sesuatu yang tersembunyi.

Banyak wanita boleh berjaya. Namun tidak semua boleh solehah. Solehah atau tidaknya seorang wanita bergantung ketaatannya pada aturan-aturan yang Allah pimpinkan. Dan aturan-aturan tersebut berlaku universal, bukan saja berlaku bagi wanita yang sudah berkahwin, tapi juga bagi remaja puteri yang berumah tangga. Tidak akan rugi jika seorang remaja puteri menjaga sikapnya saat mereka berinteraksi dengan kaum jenis yang bukan mahramnya. Bertemanlah dengan orang-orang yang akan menambah kualiti ilmu, amal dan ibadah kita. Ada sebuah ungkapan mengatakan, Jika kita ingin mengenal peribadi seseorang maka lihatlah teman-teman di sekelilingnya. Usahakanlah kita mampu memberikan warna yang baik bagi orang lain, bukan sebaliknya malah kita yang diwarnai oleh pengaruh buruk orang lain.

Jika para wanita muda mampu menjaga diri dan memelihara akhlaknya, maka iman kaum lelaki akan semakin kuat. Cahaya kesolehan wanita mukminah akan menjadi penyejuk sekaligus peneguh hati orang-orang beriman. Apalagi bagi kaum muda yang sangat rapuh dari godaan syahwat. Mereka harus dibantu dalam melawan godaan-godaan.

Peranan wanita solehah sangat besar dalam keluarga dan bahkan negara. Kita pernah mendengar, bahawa di belakang seorang pemimpin yang berjaya ada seorang wanita yang sangat hebat. Jika wanita solehah ada di belakang para lelaki di dunia ini, maka boleh dibayangkan, berapa banyak kejayaan yang akan diraih. Selama ini wanita hanya ditempatkan sebagai pelengkap saja, yaitu hanya menyokong dari belakang, tanpa peranan tertentu yang serius. Dalam sebuah keterangan diyatakan bahawa keruntuhan akhlak wanita boleh menyebabkan hancurnya sebuah negara. Bukankah wanita itu adalah negara? Bayangkanlah, jika tiang-tiang penopang bangunan itu rapuh, maka sudah pasti bangunannya akan roboh dan rata dengan tanah, sehingga tidak akan ada lagi yang tersisa kecuali puing-puing yang nilainya tidak seberapa.

Jadi kita tinggal memilih, apakah akan menjadi tiang yang kuat atau tiang yang rapuh? Jika ingin menjadi tiang yang kuat, kaum wanita harus terus berusaha menjadi wanita solehah dengan mencontoh peribadi isteri-isteri Rasulullah. Dengan terus berusaha menjaga kehormatan diri dan keluarga serta memelihara farji-nya, maka pesona wanita solehah akan melekat pada diri kaum wanita kita.

Wallahualam. (Tim MQ-Publications) ***


Template by : kendhin x-template.blogspot.com