PERHATIAN : Mulailah Membaca Dengan Mengagungkan Nama ALLAH SWT.

Tuesday, July 15, 2008


Anda, wahai muslimah yang jujur dan taat, contohilah pokok kurma yang jarang membusuk dan berpenyakit. Bila dibaling dengan batu, malah ia menggugurkan buahnya. Pokok kurma sentiasa berbuah tidak mengira musim, di musim panas mahupun di musim sejuk, dan ia mengandungi pelbagai khasiat.


Hiduplah di tempat yang tidak menyentuh hal-hal yang tidak berguna, yang mampu menjaga kehidupan daripada hal yang dapat mengaburi rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, cara memandangmu adalah mengambil iktibar, dan diammu adalah berfikir. Di mana pun berada, anda sentiasa mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan. Sentiasa diterima di mana pun anda berada. Pujian yang baik dan doa yang jujur dari semua makhluk sentiasa mengalir untuk anda. ALLAH sentiasa menghilangkan medung kelabu yang menghimpit anda. Melenyapkan rasa takut dan menghilangkan kesedihan.


Rebahkanlah tubuh anda ketika doa orang-orang mukmin ditujukan kepadamu dan bangunlah seiring dengan pujian para malaikat untuk anda. Bagaimanapun, anda mengetahui bahawa kebahagiaan bukanlah terletak pada harta, namun ketika anda mentaati Zat Yang Maha Terpuji. Bukan pula pada pakaian baru dan layanan seorang hamba, namun ketika anda mentaati Yang Maha Agung.


"BERMOHONLAH KEPADAKU, NESCAYA AKU AKAN MENGABULKAN PERMOHONANMU"

0 comments:

Template by : kendhin x-template.blogspot.com